About me

Monday 20 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Perasaan apabila dapat pegang laptop&punyai kesempatan nak tulis blog kalini, masyaAllah seronok sangat! Harap-harap aku masih berkesempatan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang Islam di dunia. Haih, pantas benar masa berlalu, masuk hari ni dah raya keempat. Wah wah, waktu-waktu macam ni lah ramai rakan taulan akan datang beraya atau sibuk buat rumah terbuka untuk menjamu tetamu yang diundang. Rumah aku? Rasanya tahun ni keluarga aku tak sempat nak buat rumah terbuka sebab tidak cukup masa, tapi kalau ada rakan-rakan yang nak datang beraya, aku cuma sediakan satu dua hidangan ringan macam mihun goreng ke, mi kuah ke. Senang dan cepat bukan?




Di kesempatan entri kali ni, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemafaan kepada semua golongan terutamanya Ibu bapa aku, ahli keluarga aku & seterusnya rakan-rakan yang mengenali diri ni. Biasalah kan, kita manusia. Kerap sangat buat silap, baik melalui mahupun melalui perbuatan. Ada saja kekhilafan dalam setiap tindakan kita setiap hari. Jadi, kita kenalah berlembut hati memohon kemafaan daripada semua orang. Terumatanya pada orang yang paling rapat. Sebabnya, yang paling rapat itu lah yang kita akan kerap buat kesalahan. Contohnya, rakan-rakan karib. Dalam gurauan yang kita buat, kadang-kadang mungkin ada yang tersinggung hati kan. Macam aku, aku kerap juga berlawak kasar dengan kawan aku, tapi tak apa dah minta maaf dah. Kahkah

Niat di hati ni nak kongsi tentang perjalanan aku sepanjang raya tahun ni. Alhamdulillah, tahun ni semuanya bersederhana saja. Almaklumlah bila makin membesar, dunia pula makin maju, kos pula makin tinggi, jadi haruslah kita beringat selalu. Tahun ni keluarga memilih tema 'Coklat' sebagai tema baju raya. Sebenarnya, mama aku yang buat keputusan ni tanpa ada perundingan. Kami yang lain iya kan sahaja. Mama kan, mana ada orang berani bantah. Hehe. Tahun lepas, kami sekeluarga berjubah, tahun ni pula semua nak bersederhana, jadi semuanya berbaju kurung Ha tapi yang best sikit tahun bila abah aku tampil segak bergaya dengan kurtanya. Konon nak cuba benda baru lah. Tapi sungguh, hensem pula. Ihiks!

Yang tak meriah nya tahun ni sebab, ada dua tiga insan yang selalu menjadi orang penting dalam keluarga aku, dah pergi buat selamanya. Antaranya ialah nenek kesayangan aku, Sabariah Bt Mat&PAklong aku, Mohd Nor Samsuresh B, Abdullah. Takpa, Allah lebih menyayangi mereka. Moga tok dan paklong tenang di sana ya sayang. Alfatihah. So tahun ni aku tak balik kampung. Aku cuma ziarah dan beraya di rumah makngah aku saja. Tupun satu taman saja. Haha. Hari raya kedua pula kami dua keluarga pergi Perlis untuk ziarah Tokwa aku iaitu abang kepada arwah tok Sabariah yang sedang sakit tenat disana. Bila tengok saja muka Tokwa, teringat pula pada arwah tok. Sakit dan pucat mukanya sama saja macam saat-saat arwah tok dulu sebelum pergi. Betul lah kata orang, semua orang akan jatuh sakit. Dan yang pastinya semua yang hidup bakal mati. Moga cepat sembuh ya Tokwa ku.

KEsimpulannya, raya tahun ni meriah tapi banyak situasi yang sentiasa mengingatkan aku untuk sentiasa beringat. Raya-raya juga tau, yang tiada harus kita ingat, yang ada harus lah beringat! Hehe okay disebabkan bebelan ni seakan-akan makin melalut dan panjang, ok jom sis belanja gambar sikit. Sikit jalah sebab gambar raya semuanya ada dalam camera DSLR kakak. Tak copy lagi masuk dalam laptop. Takapa., Ada masa kita update lagi! 


Haaaaa inilah anak-anak dara Encik Razali. Hehehe Salam Lebaran dari kitorang!





Yang berjubah hijau tu satu-satunya sepupu yang tinggal di Kedah, anak kepada Makngah.



 Ha ini kembar siang! Haha okay gurau. Yang berbaju coklat tu mama aku. Puan Hazilah. Dan disebelahnya ialah Makcik, Puan Hazizah yang merupakan kembar mama saya!

Akhir kata, aku ingin menyusun sepuluh jari kepada semua bloggers yang mesra&baik hati andai ada penulisan aku yang kurang menambat hati. InsyaAllah semoga Allah turunkan kita kesenangan di dunia dan akhirat dan kehidupan yang penuh kegembiraan! Semoga kita bertemu lagi :)